Tahap-Tahap Tauhid

Tahap-Tahap Tauhid menurut pandangan Imam Al-Ghazali.

Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap tahap tauhid seseorang itu. Seperti Iman, tauhid juga bertingkat-tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh seseorang itu.

Ianya berkaitan rapat dengan apa yang ditashdiqkan oleh seseorang itu apabila mengucap Dua Kalimah Syahadah. Apa yang diyakini hasil pemahaman akan intipati kandungan Kalimah Syahadah itu disebut sebagai 'itikad.

 Adalah jelas 'itikad itu ialah hasil atau buah kepada pemahaman seseorang itu tentang Kalimah Syahadah-nya dan juga tentang Tuhannya. Dalam atau bertambah ilmunya maka meningkatlah Tauhidnya. Jika seseorang itu berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja, maka akan kekallah ia pada TAUHID ASAS. Ini disebut sebagai TAUHID ORANG AWAM.

Dalam hal ini seperti Iman juga tiada yang salah. Ianya tahap atau tingkat tingkat sahaja. Walaupun saseorang itu berusaha untuk mendalami ilmu agamanya, penentuan segala- galanya ada pada Allah jua. Maka dikatakanlah bahwa tingkatan tingkatan itu merupakan Anugerah Allah atau Ketentuan Allah.

TAUHID ASAS.

Jika seseorang bukan Islam mengucapkan Dua Kalimah Syahadah maka tidaklah boleh dikatakan ia orang kafir, kerana kita tidak tahu apa yang ditashdiqkan olehnya didalam hatinya. Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.

TAUHID ORANG AWAM / AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Jika seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi  Muhammad itu Pesuruh Allah, maka tauhid sebegini disebut sebagai Tauhid OrangAwam.

Orang pada tingkat ini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.

Maka berimanlah ia bahwa manusia itu ialah manusia manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal itu membawa arti orang awam yang ramai itu. Ianya juga disebut sebagai Tauhid Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

TAUHID ORANG KHUSUS / KHAWAS

Orang orang pada tahap ini disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI & ISBAT. Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai: Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahwa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah semata-mata.

Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu (nyawa / ruh) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu (jasad / badan) Kalimah Rasul ditashdiqkan bahwa: Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahwa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.

Seperti yang disebut diatas yang bersuara itu ialah Nyawa atau Ruh (Nur Muhammad) dan saksinya ialah Jasad atau Badan. (yang menyampaikan suara) Tauhid sebegini diibaratkan sebagai isi kelapa oleh Imam Ghazali.

Orang orang pada peringkat ini beriman bahawa manusia itu tidak mempunyai apa apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.

Maka segala perbuatan anggotanya pada hakikatnya adalah AF’AL ALLAH belaka. Anggota-anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.

Tauhid pada peringkat ini juga disebut sebagai TAUHID AF’AL. Ianya Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.

TAUHID ORANG KHUSUS AL - KHUSUS

Tauhid yang sebegini ialah Tauhid Peringkat Tertinggi atau Tauhid Orang Khusus Al- Khusus. Orang orang pada peringkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD di alam mayapada ini. YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahwa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud.

Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasaufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH yaitu nyawanya.

Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan  KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahwa anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus (tauhid khawas ul khawas) ini.

Tauhid peringkat ini disebut juga sebagai TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ & Af’al. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA yaitu dzat dalam santan kelapa itu. 

Wassalam.

Postingan Populer

Postingan Lainnya

Mari Menemui Allah

Nabi Muhammad ( Rasulullah)   bersabda bahwa Allah berfirman: “Apabila hamba-Ku ingin menemui-Ku, Akupun ingin menemui-nya dan bila ia engga...